Homeopati


Apakah Perubatan Homeopati?
Homeopati adalah suatu sistem perubatan natural yang terkenal selamat dan berkesan diiktiraf oleh W.H.O. Diasaskan oleh seorang Doktor pakar perubatan moden dari Germany iaitu Prof. Samuel Hahnemann pada 1796 dan diperkenalkan melalui penerbitan buku organonnya pada 1810. Kaedah perubatan ini merawat secara holistic (keseluruhan) samada fizikal, mental, emosi mahupun spiritualnya sehingga ke akar umbi punca penyakit. Asas kepada sistem ini adalah teori "Similia Similimum Curentur" iaitu bahasa greek bermaksud "serupa menyembuhkan yang serupa" dimana sesuatu yang mampu menimbulkan gejala penyakit, mampu juga menyembuhkan penyakit yg serupa dengannya contoh gejala seperti disengat lebah mampu dirawat menggunakan penawar yang dihasilkan dari lebah juga.


Bagaimana Ubat Homeopati dihasilkan?
Ubat homeopati dihasilkan dari pelbagai sumber alam seperti tumbuhan, haiwan, mineral galian, dan alam sekitar. Namun demikian teknik pemprosesannya yang dipanggil potentisation membezakannya dari perubatan lain. Melalui teknik ini sumber alam dicairkan sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi unsur racun, malahan unsur asalnya juga hilang. Namun unsur penawar dan penyembuh yang terdapat didalamnya sebaliknya menjadi semakin kuat, kerana itu homeopati diiktiraf sebagai sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan. Homeopati boleh diambil oleh semua golongan usia.

Bagaimana Ubat Homeopati Berfungsi?
Ubat homeopati bertindak ke atas tubuh manusia secara rangsangan fisiologi. Ubat dalam bentuk cecair, tablet atau losyen diambil secara oral, suntikan mahupun sapuan kulit akan menghantar rangsangan kepada sistem saraf pusat (C.N.S) dan otak lalu merangsang sistem tubuh keseluruhannya hingga ke peringkat sel, seperti sistem endokrin, sistem imun, sistem penghadaman & perkumuhan dan lain-lain untuk mengaktifkan fungsi masing-masing di samping membuang toksin (detoksifikasi) dari tubuh melalui sistem perkumuhan dan kulit. Pada ketika inilah terjadi tindak balas (healing crysis dan agravasi) yang kurang selesa terhadap tubuh badan. Oleh itu pesakit digalakkan makan banyak serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan di samping minum air kosong dengan banyak untuk mempercepatkan proses detoksifikasi. Setelah itu maka proses pembaikan dan penyembuhan akan lebih cepat berjalan.Terdapat lebih 5000 penawar homeopati yang berbeza dari segi sumber, karakter dan sifat penyembuhannya. Namun demikian pengalaman dan kepakaran seseorang pengamal atau doktor homeopati dalam memilih penawar seraksi yang paling tepat untuk seseorang pesakit, mampu menentukan cepatnya proses penyembuhan tersebut.

Apakah Ubat Homeopati mempunyai kesan sampingan?
Ubat homeopati telah melalui pelbagai ujian makmal antarabangsa dan diperakui tidak mendatangkan bahaya dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan oleh W.H.O. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Walau bagaimanapun terdapat sedikit tindakbalas penyembuhan (healing Crysis) akan berlaku yang menandakan proses pembuangan toksin (detoksifikasi), pemulihan dan peningkatan fungsi tubuh sedang berlaku.

Adakah ubat homeopati juga dikategorikan sebagai racun oleh undang2 akta racun 1952?
Sebagai mematuhi peraturan undang-undang, kami tidak akan gunakan jenama produk yang ada sebelum ini, sebaliknya akan gunakan Penawar Tunggal (single remedy) bagi Homeopati dan hanya akan dibuat mengikut tempahan atau diagnosis keperluan pesakit. Sistem perubatan ini tidak menggunakan bahan aktif berbahaya walaupun sedikit, ia hanyalah pil laktosa atau sukrosa yang menyimpan gelombang yang berfungsi merangsang tubuh untuk merawat diri sendiri. Justeru penggunaan ubat homeopati tidak sepatutnya diletakkan di bawah akta racun.

Kandungan Tablet Homeopati Kami:

Maklumat Nutrisi
Nilai / Per 100G
Tenaga (Energy) / 400 KJ
Protin (Protein) / 0.5 g
Karbohidrat / 98.7 g
Lemak (Fat) / 0.4 g

Sukrosa yang dienergikan dengan gelombang Tenaga Homeopati .
Tiada Bahan Aktif yang Bahaya 
Tiada sebarang indikasi atau klaim pada label 
Penawar Tunggal (Single Remedy) bagi Homeopati dan hanya akan dibuat mengikut tempahan atau diagnosis keperluan Pesakit.