Tuesday 2 January 2018

Sakit Lutut




Lutut terdiri dari beberapa bahagian termasuk tulang, ligamen, otot dan juga saraf. Ligamen yang terdapat di bahagian lutut adalah ligamen patellar (ligamen kepala lutut), anterior cruciate ligament (ligamen di dalam sendi lutut), medial collateral ligament (ligamen di sebelah tepi dalam lutut) dan lateral collateral ligament (ligamen di sebelah tepi luar lutut). Di antara kedua-dua tulang peha dan keting terdapat satu lapisan yang dinamakan lapisan meniscus yang bertujuan mengelak daripada kedua-dua tulang tersebut bergesel di antara satu sama lain. Selain daripada itu, meniscus juga menjadi pelincir bagi sendi lutut.

Gambar di sebelah kanan menunjukkan kedudukan atau lokasi sakit lutut. Jika terasa sakit di bahagian atas bermakna anda mempunyai masalah di bahagian quadriceps tendon sama ada bengkak atau koyak. Sakit di bahagian tepi lutut sama ada luar atau dalam lutut menandakan masalah pada meniscus atau ligamen collateral yang koyak atau pun arthritis.

Apabila kepala lutut sakit menandakan sama ada anda mempunyai masalah chrondromalacia patella (sakit di bawah kepala lutut), patella tracking disorder, bursitis atau pun arthritis. Masalah di bahagian belakang lutut juga mempunyai tanda yang tertentu seperti Baker’s cyst atau arthritis. Penyakit Osgood-Schlatter merupakan bengkak di bahagian bawah lutut di atas lekuk permulaan shin bone.

Merawat Sakit Lutut
Masalah sakit lutut seperti di dalam gambar di atas masih boleh dirawat dengan beberapa kaedah seperti urutan dan akupunktur. Kebanyakkan pesakit yang sakit lutut adalah terdiri pelbagai golongan. Bagi mereka yang aktif bersukan atau aktiviti lasak terutama golongan muda eloklah mengambil rawatan urutan.

Bagi warga emas sebaiknya melakukan rawatan akupunktur kerana keuzuran menyebabkan lutut lambat untuk pulih selepas urutan dibuat pada bahagian lutut yang bermasalah.

Jika berminat mendapatkan rawatan bagi masalah lutut sila hubungi:

Perubatan Natural Inanam
Lrg 3A, Blok E Aras 2 No. 22 
Inanam Kapitol
Dibuka setiap hari
Waktu: 9 pagi-8 malam
017-6809371 / 010 784 9371
*Sila telefon/sms/Whatsapp dahulu sebelum datang