Monday 1 January 2018

Jenis Gangguan Jiwa


Anda Mengalami Kemurungan, Mudah Marah, 
Sering Berasa Sedih & Suka Menyendiri 

Sebaiknya anda segera mendapatkan bantuan kerana beberapa kes sadis yang dilaporkan kebelakangan ini seperti penderaan, pembunuhan dan bunuh diri, dikaitkan para pakar kaunseling dan psikiatri sebagai mereka yang mengalami tekanan jiwa akibat kegagalan mengawal kemurungan di peringkat awal.

Masalah tekanan jiwa boleh dibendung daripada menjadi lebih parah, sekiranya anda mampu mengenali petanda awal anda atau orang yang anda sayangi itu mengalami tekanan jiwa melalui karakter mereka.

Namun masih ramai dalam masyarakat kita menganggap bahawa masalah jiwa, emosi atau kerohanian itu sebagai penyakit yang disebabkan oleh "gangguan" saka, makhluk gaib atau perbuatan sihir. 


Saya kongsikan beberapa jenis gangguan jiwa, emosi atau kerohanian yang pernah kami hadapi. Gangguan seperti senarai di bawah boleh dirawat dan in sha Allah akan sembuh sepenuhnya. 

1. Selalu imiginasi yang luar biasa seperti merepek, tak sedarkan diri, meracau dan mengadu sering nampak orang hitam atau hantu.
2. Pesakit kelihatan takut kepada benda-benda yang tidak kelihatan.
3. Berkelakuan tidak sopan, mendedahkan maruah dan pakaian.
4. Angan-angan, banyak fikiran merosakkan ingatan.
5. Keresahan dan gelisah.
6. Takutkan gelap, takut lampu padam, takut duduk dalam gelap.
7. Menangis sepanjang masa dan mudah menangis dalam semua hal.
8. Dukacita dan takut mati.
9. Gilakan sesuatu macam nak gila dan hampir-hampir menjadi gila.
10. Rasa buntu dan rasa bodoh dan tidak boleh berfikir, 
11. Pandangan dan pemikiran cepat berubah menjadi berlainan dengan semua perkara kebiasaannya.
12. Khayalan (halusinasi), terpandangkan hantu, khayalan terpandang benda-benda ganjil.
13. Histeria
14. Pesakit yang telah kehilangan harapan untuk sembuh atau telah hilang kepercayaan untuk hidup.
15. Suka merajuk dan selalu merasa sedih 
16. Perempuan yang selalu dukacita dan gudah gulana.
17. Takut dan payah membuat keputusan.
18. Takut waktu petang dan takut tinggal seorang.
19. Sensitif, cepat marah dan tidak sabar.
20. Suka bertengkar dan cari gaduh.
21. Pendendam, ingin membunuh dan mencari salah.
22. Peminum arak, kuat merokok, menagih dan memakan ubat dalam bentuk dadah.
23. Hidup berfoya-foya.
24. Tidak terkawal emosi dan perasaan marah melebihi batas.
25. Marah bila ditegur atau bila ditegur kesalahannya.
26. Sensitif, mudah tersinggung.
27. Ahli fakir yang banyak menggunakan pemikiran yang mendalam seperti ahli penyelidik, ahli sains, pentadbir, pegawai bank, juruakaun yang dibeban dengan tugas yang tak kehabisan.
28. Mudah terperanjat dan mudah marah, pembenci, garang dan pembengis.
29. Tidak boleh tidur.
30. Selalu gemuruh (Nervous) dan wanita yang sangat sensitif
31. Watak mudah berubah, mudah bertukar keputusan atau keputusan tidak menentu.
32. Orang yang begitu moody akibat tekanan perasaan yang berpanjangan, berterusan, sambung menyambung dari satu kejadian, ditimpa lagi ibarat sesudah jatuh ditimpa tangga pula. Kemalangan demi kemalangan, dugaan demi dugaan, tekanan fizikal yang teruk, diimbangi pula dengan tekanan perasaan.
33. Suka bersendirian dan tak mahu diganggu.
34. Merajuk kerana salah diri sendiri.
35. Fikiran mengelamun berfikir hal yang tidak menentu akibat salah sendiri, akibat mudah tersinggung.
36. Watak yang payah difahami, sukar didekati.
37. Watak yang begitu peramah, baik hati waktu sihat tetapi mudah sangat tersinggung walaupun perkara yang begitu kecil.
38. Kanak-kanak tidak boleh ditegur, walaupun teguran sebagai pengajaran.Bila ditegur dia mula membuat hal, mula menunjukkan belangnya, merajuk, mengamuk, membaling botol susu, membaling bantal, membuang apa saja yang berada di tangan hingga tidak terkawal.
39. Pasangan suami isteri menjadi sakit akibat penyesalan kata-kata, penyesalan suami dan isteri merana.
40. Sakit akibat berita buruk, menyedihkan, menyinggung perasaan, akibat sindiran, kekasaran anak cucu, datuk dan nenek.
41. Remuk hati tidak mahu makan dan minum, terus sakit berpanjangan.
42. Emosi, cemburu, putus cinta, susah hati akibat putus cinta.
43. Gagal dalam hidup, gagal dalam peperiksaan dan gagal dalam perniagaan. Terkejut akibat kegagalan.
44. Rosak mental dan jiwa. Bercakap berterusan melompat dari satu topik ke topik yang lain. Menukar-nukar cerita. Percakapan sambung menyambung dan berbelit-belit.
45. Gila sembahyang, gila berdoa, berlagak warak, bertukar cara pakaian macam tokoh agama yang warak.
46. Cemburu dan prasangka tanpa sebab dan alasan.
47. Mimpikan ular, mimpikan dirinya mati dan dibawa dalam keranda ke kubur.
48. Gila seks. Kepala dan fikiran selalunya ingin seks berlebihan.
49. Perasaan jemu hidup. Hendak mati dan hati kecil sentiasa hendak bunuh diri. 
50. Hidup dirasakan sebagai beban berat kepadanya.
51. Fikiran dan emosi terganggu sebab putus cinta, gagal cinta, dukacita dan merana perasaan. Merasakan masa depannya gelap dan tak ada tempatnya lagi di dunia.
52. Merasa diri berdosa. Dosanya tak akan diampun tuhan. Merasakan telah banyak membuat dosa. Merasakan dirinya disingkirkan masyarakat. Rasa rendah diri.
53. Mudah rasa tak puashati. Membuat pertanyaan bertubi-tubi. Soal yang tak putus-putus tanpa menunggu jawapan.
54. Watak berlaku sombong, membesar diri. Merasa dirinya besar. Memandang orang lain lebih rendah darinya.
55. Ilusi penciuman, terbau-baukan benda yang tidak wujud.
56. Ilusi terasakan dirinya berdua atau ilusikan ada orang lain mengekorinya.
57. Kanak-kanak yang lembab belajar, penangkapan dan daya kefahamannya lemah.Kelemahan otaknya tak boleh berfikir, tak boleh menerima pelajaran, tak boleh faham dan tak dapat memberikan perhatian dalam satu-satu mata pelajaran.
58. Merasakan ada benda hidup dan lembaga lain dalam diri.
59. Imiginasikan roh dan jasadnya berpisah dan imiginasikan ada orang duduk disebelahnya.
60. Ingatan lemah. Menulis selalu salah ejaan dan payah dapat memusatkan fikiran.
61. Hilang ingatan, tak dapat mengingat nama buku, nama orang, kawan-kawan, nama tempat. Tak boleh ingat angka dan pengiraan. Payah mengira dan membuat kira-kira.

Sekiranya peribadi Anda termasuk dalam senarai di atas, tidak semestinya Anda mempunyai gangguan jiwa. Sebaiknya Anda mendapatkan bantuan dengan bertemu dengan pakar kaunseling atau psikiatri.

Anda juga boleh datang ke klinik saya secara temu janji. Sebaiknya Anda membawa ahli keluarga atau teman rapat anda. Semua maklumat pesakit adalah sulit.

No comments:

Post a Comment