Sunday 31 December 2017

Sakit Sendi, Otot dan Tulang

80 Peratus Warga Malaysia 
Mengalami Sakit Sendi, Otot dan Tulang
Menyebabkan Aktiviti & Kualiti Hidup Menurunkan 


Pekerjaan dan aktiviti sehari-hari dapat menyebabkan sakit sendi, otot atau tulang. Bahkan, 80% warga Malaysia dikatakan mengalami gangguan yang disebut muskuloskeletal ini. Penyakit ini dikatakan penyumbang kedua terbesar di seluruh dunia setelah influenza.

Penyakit muskuloskeletal ini walau sering dianggap remeh tapi penyakit ini adalah suatu ancaman yang besar kerana sakit otot, tulang dan sendi dapat mengganggu aktiviti sehingga akhirnya kualiti hidup juga menurun.

Usia bukanlah faktor utama yang menyebabkan masalah ini. Generasi muda pun semakin ramai yang memiliki risiko terkena muskuloskeletal ini. Pelbagai aktiviti seperti cedera bersukan biasanya dialami anak muda. Banyak penyebab kepada gangguan muskuloskeletal ini seperti faktor biologi, aktiviti harian, sikap kerja dan lain-lain. Diabetes contohnya adalah salah satu penyebab kepada masalah ini. 

Jika anda mengalami masalah kebas atau ngilu di sekitar otot atau tulang, segeralah mendapatkan rawatan. Rawatan mungkin sahaja dengan memperbaiki gaya hidup atau rawatan tertentu perlu diambil oleh pesakit. Semua orang adalah berbeza cara rawatannya. 

Sebelum anda datang ke pusat rawatan saya, sebaiknya anda telah berjumpa doktor untuk memastikan masalah lain seperti diabetes, darah tinggi dan sebagainya sudah diperiksa.

Perlu diingat bahawa Rawatan Natural adalah berbentuk komplemen atau pelengkap dalam usaha merawat sesuatu jenis penyakit. Kesan kesembuhan akan lebih cepat apabila punca penyakit telah dikenalpasti oleh doktor pakar.