Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;
Saya bukan seorang Doktor Perubatan. Saya seorang Pengamal Perubatan Natural yang diturunkan dari keluarga dan melalui pembelajaran formal beberapa kaedah Perubatan Natural. Saya mempunyai kelulusan di peringkat Sarjana Perniagaan (Pengurusan) dan kini masih melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Saya masih berkhidmat sebagai kakitangan awam dan hanya menjalankan terapi di luar waktu pejabat dan hujung minggu melalui temujanji sahaja.
Saya melibatkan diri dalam bidang Perubatan Natural kerana minat dan mula mengaplikasikan ilmu rawatan berkenaan hanya untuk keluarga dan rakan-rakan. Supaya tidak menjejaskan pekerjaan dan keselesaan, saya telah membuka satu pusat rawatan di pekan Inanam Kapital untuk melayani pesakit-pesakit yang memerlukan khidmat saya.
Saya mula mengamalkan Perubatan Natural ini sejak tahun 1994. Ketika itu saya melakukan terapi berkaitan kecederaan sukan, kekuatan minda dan pemurnian energi/aura. Sejak itu dari masa ke semasa saya terus mengikuti pelbagai kursus, seminar dan bengkel berkaitan perubatan natural, tradisional dan seumpamanya di dalam dan luar negara.
Blog ini saya wujudkan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman saya serta pesakit tentang manfaat Perubatan Natural. Saya secara khususnya merawat:
1) Masalah sakit-sakit badan, sakit Sendi & Tulang seperti Terseliuh, Sakit Lutut, Pinggang, Tulang Belakang, Patah, Siku, Bahu, Leher dll, dan
2) Gangguan berkaitan emosi seperti cepat marah, takut yang tidak bertempat, fobia, susah tidur, anxiety, sering merasa cemas, gemuruh, ketakutan mati atau sesuatu, stress dan lain lain.
Di samping merawat pesakit melalui kaedah tertentu seperti urutan, akupuntur, bekam dan sebagainya, saya turut menyediakan remedi Homeopati dan Garam Mineral sebagai pelengkap kepada rawatan yang diberikan. Remedi Homeopati dan Garam Mineral ini adalah bersifat optional kepada pesakit untuk mengambilnya. Remedi ini disediakan mengikut keluhan setiap pesakit.
Saya percaya maklumat dalam blog ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda semua untuk ikhtiar mencari redha dan kesembuhan Allah swt. Teruskan membaca artikel-artikel lain di blog ini. Saya doakan yang terbaik untuk anda semua dan sentiasa berada dalam pelukan Rahmat dan kasih sayang Illahi.
NH Darwish Al Sayudha (017 680 9371)
Pengamal Perubatan Naturopathic (KH-B000306)
Pengamal Perubatan Patah Al-Qifayah
Pengamal Terapi Tangan Korea (KHT)
Pengamal Neuro Linguistic Programming (NLP)Pengamal Perubatan Patah Al-Qifayah
Pengamal Terapi Tangan Korea (KHT)
Pengamal Hipnoterapi & Hipnosis (IBH)
Pengamal Reiki Modern (Gendai Reiki-Ho)